Sambutan Alita: Battle Angel

Pawagam

Setakat 14 Februari 2019 (2019-02-14)[update], Alita: Battle Angel telah memperoleh sebanyak $8.7 juta di Amerika Syarikat dan Canada, dan $35.6 juta dari tempat lain, dengan jumlah sedunia sebanyak $44.3 juta, dibandingkan dengan kos perbelanjaan sebanyak $170 million.

Di Amerika Syarikat dan Canada, filem tersebut pada awalnya dijangka mencecah $18-22 juta pada hujung minggu pembukaannya, dan sekitar $25 juta dari 3,790 pawagam sepanjang empat hari pertama. [6] [3] Selepas membuat $8.7 juta pada hari pertama (termasuk $2.4 juta dari pratonton malam Rabu), unjuran lima hari meningkat kepada $36-40 juta. [85] [86]

Alita ditayang seminggu lebih awal di 11 pasaran antarabangsa, dan memperoleh AS$32 juta, termasuk sepuluh negara Asia dan juga United Kingdom. Ia dibuka pada nombor kedua si Korea Selatan dengan AS$10.9 juta, pertama di Taiwan dengan AS$4.2 juta (di mana ia merupakan pembukaan Fox keempat terbesar), AS$4.2 juta di United Kingdom (dengan 42% daripada tayangan 3D), dan AS$2.9 juta di Malaysia (di mana ia merupakan pembukaan Fox kedua terbesar). Filem tersebut mendahului The Maze Runner (2014) dan Ready Player One (2018) dalam pasaran-pasaran ini dengan 23% dan 5%, mengikut turutan.[87]

Balasan pengkritik

Daripada pengumpul ulasan Rotten Tomatoes, Alita: Battle Angel mendapat kadar kelulusan 59% berdasarkan 207 ulasan, dengan purata pengkadaran sebanyak 6/10. Sepersetujuan kritis laman web tersebut berkata, "Jalan cerita Alita: Battle Angel tidak setanding dengan kesan visualnya, tetapi peminat aksi sains fiksyen masa lampau mungkin akan lebih menyukai filem ini."[88] Daripada Metacritic, filem ini mendapat skor purata sebanyak 53 daripada 100, berdasarkan 45 pengkritik, menunjukkan "ulasan yang bercampur atau pertengahan".[89] Penonton yang mengudi di CinemaScore memberi gred purata "A-" dari skala A+ ke F, manakala yang daripada PostTrak memberinya 4.5 daripada 5 bintang.[86]

Michael Nordine daripada IndieWire memberikan filem ini gred "B+", dengan ulasan, "Alita: Battle Angel ialah filem terbaik [Rodriguez] sejak beliau merealisasikan novel grafik Frank Miller ke skrin layar, sebuah epik sains fiksyen yang buat sesuatu yang jarang ditemui dalam zaman adaptasi dan kitar semula ini: mencapai potensi sebenarnya sambil membuat kita mahukan ia lagi."[90] Daripada Variety, Guy Lodge memuji cubaan Rodriguez tetapi memanggil filem ini mengelirukan dan menulis: "Cerita berasal manga siberpunk ini mempamerkan gambaran yang indah dan menawan, dibeban dengan sebuah cerita yang digabung dan resah, yang tiap kali ia cuba bergerak ia litar pintas."[91]

Rujukan

WikiPedia: Alita: Battle Angel http://www.aintitcool.com/node/55552 http://www.aintitcool.com/node/80380 http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/peopl... http://www.animenewsnetwork.com/news/2000-06-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2001-01-08/ba... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-08-24/ch... http://collider.com/alita-battle-angel-movie-relea... http://collider.com/alita-battle-angel-trailer-rob... http://collider.com/battle-angel-alita-rosa-salaza... http://collider.com/battle-angel-james-cameron/